Jom teruskan pembelajaran Fotogrametri kita dengan Jenis-Jenis Fotogrametri. Dah sedia tak nak teruskan baca ni? Sedia ye. 1 ..2.. 3
Ok, sebenarnya fotogrametri ni boleh diklasifikasikan dalam beberapa cara TAPI satu kaedah piawai ialah untuk memisahkan bidang berpangkalan dalam kamera tu time fotografi. Bawah ni mudahkan lagi untuk pembahagian jenis fotogrametri, nanti susah pulak readers nak paham kann...
Sekarang ni, kita akan tengok dulu apa explaination mengenai Foto Udara dulu, atau dikenali sebagai Aerial Photogrammetry. Bebudak Geomatik mesti biasa dengar aerial ni. Ok, jangan buang masa.
Aerial Foto ialah konsep asasnya adalah gambar udara iaitu gambar yang diambil dari pesawat dan kebiasaannya gambar yang diambil adalah secara menegak dari tanah. Gambar yang diambil adalah beberapa keping gambar, maknanya gambar tersebut banyak lah. Dan gambar tersebut perlulah overlay atau pun bertindih sepanjang laluan penerbangan (Flying strip)
Contoh gambaran foto udara. Pesawat dilengkapi dengan kamera tertentu untuk captured gambar
Laluan penerbangan. Setiap pesawat telah disediakan laluan tersendiri.
Gambar yang overlay (Bertindih) supaya senang proses penghasilan peta
Gambar-gambar ini akan diproses dalam satu pemplot stereo (satu alat yang membolehkan seorang operator melihat kedua-dua gambar serentak di pandangan stereo) . Dan gambar-gambar ini juga digunakan dalam diautomasikan pemprosesan Digital Elevation Model.
Sedikit sebanyak video ini boleh membantu para pembaca memahami apa itu aerial photo dan cara aerial photo di gunakan.
Sekian sahaja untuk entry yang ini, entry seterusnya kita akan membincangkan pula mengenai jenis foTogrammetri yang kedua iaitu Close Range Photogrammetry (CRP). Oh ye, tak kan seronok baca je, Jangan lupa klik button FOLLOW di hujung atas sebelah kanan ye. Sehingga berjumpa lagi.
Sebarang pertanyaan atau pandangan atau apa-apa ilmu yang ingin dikongsi bersama, boleh email terus kepada shafinaz.geomatics@yahoo.com .
Assalammualaikum .
nice sharing..
ReplyDelete