Assalamualaikum..
Alhamdulillah, bersua kita kembali dalam entry dan perkongsian yg seterusnya. hehe.. amacam..??
Walaupun tengah menghadapi minggu2 terakhir di hujung sem, namun ku kuatkan jua langkah dan hati berkorban jiwa dan raga ini untuk berkongsi pada semua. (ayat jiwang berkarat skit.. ceewaaaahh..! ^____^ )
dengan asaiment dan test yg banyak.. hehe.. takpe2.. kalau anda juga merasakan perkara yg sama bolehlah cuba cara seperti diatas.. jom main baling2..!
Ok2.. pada entry kali ini, saya nak berkongsi kepada anda semua tentang satu ilmu yg mungkin anda sendiri tak pernah tahu kan..? percaya tak sebenarnya anda boleh menukarkan gambar anda tak kira lah gambar selpie ke, gambar kucing anda ke atau gambar raya anda kedalam 3D. percaya tak..??
Kalau anda berminat hehe.. teruskan membaca dan membaca sampai habis yaa.. kalau tak berminat takpe(tapi mesti baca jugak..!) hehe...
Okay, begini kisahnya.. sebenarnya setiap gambar atau foto yang kita ambil boleh ditukarkan kepada 3D tetapi perlulah melalui beberapa prosesnya terlebih dahulu. Pada kali ini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang teknik2 dan pengaplikasiannya khususnya menjurus kepada software PHOTOMODELER.
macam ni haa rupanya software tu..
Ok.. Photomodeler ini merupakan sebuah software yang direka khas bagi menjalankan kerja pemprosesan data dan menganalis imej dan kegunaannya kini semakin meluas termasuklah dalam bidang fotogrametri ini sendiri.. software ini boleh menjalankan pelbagai pemprosesan termasuklah mengkalibrasi kamera (alaaaa.. yang mcam dalam entry sebelum ni tu.. yang kamera metrik dan non-metrik tu.. hehe..)
Berbalik pada topik, macam mana nak buat gambar tu jadi 3D.. prosesnya secara umum adalah seperti berikut :
- letak beberapa sudu gula, secukup rasa.. kemudian tambah neskepi.. hehe.. sorry.. mula2 kenalpasti objek yang ingin dijadikan imej 3D tersebut contohnya kucing anda (tapi pastikan kucing tu stay dan tak kemana-mana yaa.. haha.. sebabnya model anda itu tak boleh bergerak2 masa nak ambik gambar.. dah tahu tak boleh nak diamkan kucing tu amik benda lain yaa contohnya kotak tisu)
- kemudian ambil gambar menggunakan kamera daripada setiap sudut supaya kesemua bucu2 kotak tisu tersebut nampak dengan jelas didalam imej.
- kemudian transfer data imej kedalam laptop dan masukkan ke dalam software Photomodeler tersebut.
- bila dah selesai langkah2 diatas anda perlu menjalankan sedikit pemprosesan terhadap imej tersebut.
- bila dah hbis proses2 tersebut maka gambar anda tersebut akan menjadi gambar 3D.
mesti boring kan baca.. dah laa boring komfem ada yang tak faham, jangan sampai tertidur sudah.. hehe.
hehe...
takpe2, saya memahami anda.. kalau setakat baca jee tak jadi jugak.. nak dipendekkan cerita dan memudahkan lagi anda nak memahami cara-cara dan langkah tersebut jom tengok video kat bawah.. ^__^
okay.. hehe.. Alhamdulillah, mesti lepas tengok video tu anda rasa dah faham skit kan tentang photomodeler ni.. takpe2, lepasni anda boleh cuba.. sebenarnya aplikasi software photomodeler ini banyak sangat membantu dalam penjelmaan semula objek kedalam bentuk digital dimana kita boleh melakukan pelbagai proses analisis keatas objek tersebut tanpa menyentuhnya.. gempak kan..?
kat bawah ni adalah contoh screenshot apabila kita memodelkan semula imej kedalam bentuk 3D dengan software photomodeler ini.
yang ni model gambar rumah
yang ni pulak kegunaannya dalam penyiasatan kemalangan. dia nak 'regenerate' balik kesan dan sebelum perlanggaran. untuk forensik pun ada juga kegunaanya dalam crime scene investigation.
Alhamdulillah, setakat ini dahulu perkongsian daripada admin.. nanti kita post lagi entry2 yang admin harap dapat membantu dan mencerahkan anda semua tentang fotogrametri ini. hehe.. kita jumpa lagi dalam next topic. Assalamualaikum...!! Bye..!!!
No comments :
Post a Comment