Assalamualaikum dan apa khabar semua?? Harap semua sihat-sihat belaka.Nak dijadikan cerita semalam,tengah sibuk-sibuk cari idea tentang blog GeoFotomatics ,terbuka pula hardisk laptop ternampak movie PLANES.BOOOM!!! dpt idea nak cerita mengenai UAV.
ANIMASI DISNEY PLANES |
Ok cukup-cukup sudah iklan,Kalau diikutkan entry lepas-lepas kita sudah tahu APA ITU FOTOGRAMETRI, PENGENALAN FOTOGRAMETRI dan JENIS FOTOGRAMETRI-AERIAL,entry seterusnya ini kita cerita tentang UAV.
Apa itu UAV ??
Fotogrametri UAV menggambarkan satu platform pengukuran fotogrametri, yang beroperasi dikawal dari jarak jauh, sama ada secara semi- autonomi, atau autonomi, tanpa juruterbang duduk di dalam kenderaan itu. Platform ini dilengkapi dengan sistem pengukuran fotogrametri, tetapi tidak terhad kepada saiz yang kecil atau sederhana kamera video, kamera sistem thermal atau inframerah, sistem LiDAR bawaan udara, atau gabungan daripadanya. Kebiasaannya UAV membenarkan pengesanan kedudukan dan orientasi sensor dilaksanakan dalam sistem local atau global coordinate sistem. Oleh itu, UAV fotogrametri boleh difahami sebagai alat pengukuran fotogrametri baru. Fotogrametri UAV membuka pelbagai aplikasi baru dalam pelbagai domain dekat, menggabungkan fotogrametri udara dan daratan.Ia juga memperkenalkan aplikasi masa sebenar dan alternatif kos rendah untuk photogrammtri udara.Lihat Jadual dibawah menerangkan perbezaan Aerial foto,close range dan UAV.
Perbezaan Aerial,close range dan UAV dalam photogrametri
“Kelebihan UAV”
Kelebihan utama UAV berbanding sistem pesawat yang dipandu manusia bertujuan untuk fotogrametri.Antaranya:
1. Boleh digunakan dalam keadaan berisiko tinggi
ยช Contohnya tapak bencana alam seperti pergunungan dan kawasan gunung berapi, dataran banjir, gempa bumi dan kawasan padang pasir dan kawasan kemalangan.
2. Boleh dijalankan dalam keadaan cuaca mendung dan renyai, perolehan data dengan UAV.
3. Tidak dibebankan dengan had fisiologi dan perbelanjaan ekonomi juruterbang manusia.
4. Selain itu, kelebihan tambahan adalah keupayaan tepat masa dan keupayaan bagi perolehan data yang cepat, sementara menghantar imej, video dan orientasi data dalam masa nyata untuk stesen kawalan tanah.
5. Kos, UAV itu adalah lebih murah dan mempunyai kos operasi yang lebih rendah daripada pesawat yang dipandu atau dikawal dari jauh oleh manusia.
6. UAV-imej boleh juga digunakan untuk pemetaan tekstur resolusi tinggi 3D-model, dan juga untuk pembetulan imej
Jadi dapat tak gambarkan apa itu UAV dan kegunaannya serta kelebihannya.Jadi macamana berminatkan dengan kaedah teknologi terbaru ini?? Sebentar hasilnya lebih menarik dalam bentuk 3D.Seperti dalam gambar di bawah ini.
Baiklah cukup sekadar disini sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruang komen dan jangan lupa untuk tekan butang follow di atas.Sekian dulu dari saya..sambung movie Planes.BYE,sekian
nice sharing..
ReplyDelete