Sunday, 23 November 2014

TITIK KAWALAN UNTUK PEMETAAN FOTOGRAMETRI


Hai kawan-kawan. Apa khabar semua?? Nak buat entry baru daa..entry lepas kita bincang tentang UAV. Sekarang kita nak buat entry tentang titik kawalan untuk pemetaan fotogrametri.. Kawan-kawan dah bersedia ke tidak?

TITIK KAWALAN UNTUK PEMETAAN FOTOGRAMETRI

Kawalan fotogrametri diperlukan untuk mengorientasikan foto-foto udara dengan bumi. Kawalan fotogrametri ini mengandungi titik-titik yang kedudukannya diketahui dalam sistem kodinet rujukan objek di bumi dan ini dapat dilihat di foto-foto itu sendiri. Kawalan fotogrametri boleh dibahagikan kepada dua bentuk;

i)                   kawalan ufuk (planimetri);
ii)                 kawalan tegak (hipsometri).

Kerja ukur untuk kawalan fotogrametri dilakukan dalam dua peringkat. 
Peringkat pertama
-> menubuhkan rangkaian kawalan asas di kawasan projek. Kawalan asas ini diwujudkan dengan menandakan kawalan ufuk dan kawalan tegak, kedua-duanya itu akan menjadi rujukan kepada ukuran-ukuran kawalan foto. 
Peringkat kedua 
-> menetapkan kedudukan bumi kawalan-kawalan foto ini dengan membuat pengukuran di bumi dan ini dimulakan daripada rangkaian kawalan asas ini. Titik-titik kawalan foto merupakan titik-titik imej yang sebenarnya terimej dalam foto yang digunakan untuk mengawal gerakerja fotogrametri.

Bilangan dan penempatan kawalan foto

Bilangan titik kawalan yang diperlukan dan penempatan optima kawalan foto banyak bergantung kepada kegunaan yang akan dilakukan terhadap kedua-duanya itu. Paling minima untuk memelot sirip sekurang-kurangnya dua titik planimetri dan tiga titik tegak diperlukan. Sungguh pun bilangan minima titik-titik kawalan foto itu sedemikian, ada baiknya jika bilangan titik kawalan itu dilebihkan supaya ketepatan operasi fotogrametri itu bertambah.

Pada amnya, tiap-tiap model-stereo yang disesuaikan dalam alat plot-stereo mesti mempunyai tiga titik kawalan ufuk dan empat titik kawalan tegak, satu di tiap-tiap penjuru sirip
Jika merancang untuk menyambung kawalan fotogrametri dengan tujuan untuk menambahkan kawalan foto, tidak perlu diadakan begitu banyak titik kawalan bumi. Penyambungan kawalan fotogrametri adalah juga proses fotogrametri untuk menambahkan kawalan foto dari titik kawalan yang kecil bilangannya untuk mengukur bumi.  Cara ini adalah yang paling ekonomikal sekali dalam menyelesaikan masaalah kawalan fotogrametri.

Pada amnya, bilangan kawalan bumi yang perlu diadakan untuk mengukur bumi dalam kes operasi penigasegian udara, sekurang-kurangnya dua titik kawalan ufuk dan empat titik kawalan tegak bagi tiap-tiap lima model-stereo dalam sesuatu jalur itu (lihat rajah 4.2).
Dalam kawasan pemetaan yang melibatkan blok-blok foto, kawalan bumi ini hendaklah disusun secara sistematik diseluruh blok. Penempatan kawalan yang baik mengandungi kawalan ufuk mengelilingi perimeter blok tersebut dengan taburan yang seragam bagi kawalan tegak di serata blok. Ackermann mencadangkan bagi blok yang besar, pecahan blok ini adalah pada tiap antara 15-20 sirip dan 6-7 jalur untuk mewujudkan suatu pecahan blok. (Rajah 4.3). Dengan tumpuan kawalan yang rapi diperolehi persamaan cerapan yang berlebihan dalam segitiga blok saperti ini. Ini akan menghasilkan ralat-ralat piawai yang paling kecil dalam pelarasan segitiga ini.

Oleh kerana perambatan ralat berlainan corak dan bentuknya antara kawalan planimetri dan kawalan ketinggian, akan dihuraikan kedua-dua kawalan itu dengan cara berasingan.

Kawalan planimetri

Taburan kawalan planimetri saperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.3 merupakan bentuk optima. Dengan menambahkan lagi  kawalan saperti ini tidak akan menambahkan ketepatan kerja penigasegian dan pelarasannya. Bagi kerja yang berskala besar, titik-titik kawalan planimetri di tiap-tiap 5-6 model adalah mencukupi.. Bagi kerja-kerja berskala kecil yang bernisbahkan 1:50,000, kawalan bumi di tiap-tiap 15-20 model biasanya digunakan.

Kawalan ketinggian

Perambatan ralat dalam kawalan ketinggian adalah lebih rumit lagi, maka tumpuan kawalan tinggi adalah berlebihan daripada yang diperlukan terhadap kawalan planimetri supaya pembentukan blok dapat dilakukan dengan lebih teliti dan sempurna. Taburannya adalah saperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.4. Bagi pelarasan polinomial order pertama, kawalan ketinggian diperlukan pada tiap-tiap jalur penerbangan, dengan selangan sirip tiap-tiap jalur dalam blok. Dengan bentuk taburan saperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.4 ini,  magnitud ralat-ralat sistematik akan menjadi kurang. Taburan titik-titk kawalan planimetri dan ketinggian digambarkan dalam rajah 4.5.
 
Kaedah penandaan titik kawalan bumi.
Kebanyakan titik kawalan foto dipilih setelah disiapkan fotografi itu sendiri dan selepas dipilih perin-perin kontaknya. Kelebihan membuat pemilihan titik kawalan saperti ini adalah untuk mengenalpasti positif titik-titik itu difoto disamping menentukan kedudukan yang sesuai titik-titik itu sendiri. Paramuka-paramuka semulajadi itu dapat dikenalpasti dengan mudah dan ini tidak akan menimbulkan kekaburan pada foto dan senang pula dikesan diatasnya. Titik-titik semulajadi ini mudah dipilh sebagai titik kawalan. Titik-titik kawalan semulajadi ini biasanya terdiri daripada beberapa paramuka saperti yang digambarkan dalam rajah 4.6.

 Dalam kebanyakan kes, didapati perlu untuk menandakan titik-titik kawalan ini di bumi supaya dapat dikenalpasti pada foto dengan mudah. Dalam kes kawalan terabas yang termasuk kedalam rangkaian kawalan foto, stesen-stesen terabas ini ditandakan dengan bendera berwarna cerah dan dicatkan putih pada papan. Penandaan saperti ini memberi kemudahan untuk mudah dikenal pada foto. Jika permukaan bumi tidak mempunyai apa-apa paramuka, maka adalah perlu menandakan sasaran dibumi sebelum diambil fotograf. Contoh sasaran yang asas sekali adalah saperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.7. Saiz sasaran ini bergantung kepada resolusi imej yang ada di foto dan yang ada pada skala.






Sebagai contoh, resolusi filem adalah 0.05mm dan skala foto 1:15,000, maka saiz sasaran yang mudah dikenalpasti pada foto adalah:

                                                     =       0.05  x  15,000  x  10q3 m
                                                     =       0.75 m
Bulatkan angka ini menjadi 1 m.


Kejituan dalam kawalan bumi

Kejituan kawalan bumi yang diperlukan bergantung kepada kejituan pemetaan dalam proses menggunakan alat stereo berasaskan skala pemetaan yang tertentu.

Kejituan kawalan planimetri

Untuk tujuan pemetaan, garis yang sekecil-kecil sekali yang diplot adalah 0.1 mm. Berasaskan skala pemetaan, katakanlah 1:10,000, ukuran dibumi menjadi:

                                        0.1 mm   x   10,000    x   10-3 m
                                        =    1 m
Oleh itu, kejituan ukuran bumi yang diperolehi adalah + 1 m.  Jadual dibawah menunjukkan kejituan ukuran untuk kawalan bumi bagi pemetaan fotogrametri berasaskan skala-skala pemetaan yang tertentu;

                        Skala pemetaan                Kejituan ukuran bumi (m)
                            1: 50,000                                        5
                            1: 40,000                                        4
                            1: 25,000                                        2.5
                            1: 20,000                                        2
                            1: 15,000                                        1.5
                            1: 10,000                                        1
                            1:   5,000                                        0.5

Kejituan kawalan ketinggian

Dalam ukuran fotogrametri, peruntukan yang diberi dari segi kejituan ketinggian yang dibenarkan adalah 0.01% Z, dengan Z merupakan tinggi penerbangan. Dari hubungan;

                                          Skala foto   =   f
                                                                    Z

                          Iaitu                1           =  152
                                              15,000           Z

                                              \ Z  =  2,280 m
Maka kejituan kawalan ketinggian adalah

                                                        =  0.01%  x  2,280

                                                        =  0.228 m


No comments :

Post a Comment