Apa macam video dalam post pertama tadi? masih blur lagi ke tentang fotogrammetri ni?
Kalau masih ada problem nak faham tentang fotogrammetri ni. Haaa post kali ini kami nak terangkan lah sikit lagi tentang pengenalan fotogrammetri..
PENGENALAN FOTOGRAMMETRI
Definisi
Fotogrammetri boleh ditakrifkan sebagai seni dan teknologi pengukuran dan interpretasi foto udara sama ada foto ini diambil dari udara atau daratan bumi dengan tujuan tertentu. Apabila foto diambil dari udara, ia dipanggil foto udara (aerial photographs) dan dari daratan, ia dipanggil foto terrestrial (terrestrial photographs).
Kegunaan fotogrammetri
- Kegunaan utama ialah untuk pemetaan (jurukur/jurutera).
- Untuk menghasilkan peta-peta dan pelan-pelan planimetrik dan juga peta-peta fotografik yang berskel kecil hingga ke peta-peta berskel besar.
- Dalam kejuruteraan lebuhraya contohnya, ia digunakan untuk menyediakan pelan-pelan berskel besar untuk menentukan laluan lebuhraya.
- Di Negara Eropah dan Amerika, fotogrammetri digunakan untuk menghasilkan pelan-pelan kadester.
- Selain kejuruteraan, fotogrammetri juga digunakan dalam, contohnya, geology, archeology, perhutanan, pertanian, ketenteraan (perisik) dan lain-lain lagi.
Kelebihan
fotogrammetri
- Alat-alat penggambaran seperti kamera, filem dan alat-alat lain yang digunakan untuk membuat pelotan dari foto udara sentiasa diperbaharui.
- Ini bermakna, pelotan dari foto udara adalah peta-peta yang mempunyai kejituan yang tinggi.
- Ini menjadi factor utama mengapa setengah-setengah negara menggunakan cara fotogrammetri untuk menghasilkan peta-peta topografi.
- Kelebihan yang ada dalam penggunaan cara fotogrammetri untuk pemetaan adalah seperti:
i. Kawasan
boleh dipelot dengan cepat (speed of coverage).
ii. Perbelanjaannya
adalah rendah (secara relatif).
iii. Butiran-butiran
topografik boleh didapati dengan mudah di kawasan-kawasan sukar.
iv. Butiran-butiran
topografik semuanya ternyata dalam foto.
CAWANGAN-CAWANGAN
FOTOGRAMMETRI
- Fotogrammetri Udara.
- Fotogrammetri Terrestrial
- Interpretasi Foto.
- Ortofotografi.
- Remote Sensing
- Digital Terrain Model (DTM)
Ia
adalah cawangan fotogrammetri yang diambil keatas sesuatu kawasan dengan
menggunakan kamera udara yang dipasang tetap di perut kapalterbang dan diambil
semasa kapalterbang dalam penerbangan. Foto
yang diperolehi digelar sebagai foto udara.
Penggambaran udara Foto Udara
2. Fotogrammetri Terrestrial
Ia
adalah cawangan fotogrammetri dimana foto-foto diambil dengan kamera
terrestrial (contohnya, phototheodolite) diatas permukaan bumi. Kamera
terrestrial ini dikhaskan untuk mengambil foto tersebut dari titik bumi
tertentu dan berkawalan (control). Gambar yang diperolehi dipanggil gambar terrestrial.
Penggambaran di bumi Foto Terrestrial
3. Interpretasi Foto
Ini
adalah cawangan dimana foto udara atau terrestrial digunakan untuk penilaian,
penganalisaan, pengkelasan dan pentafsiran imej-imej butiran yang boleh dilihat
dari foto tersebut. Dalam
proses ini, pengukuran tidaklah menjadi keperluan utama dan biasanya jarang
sekali dibuat.
Interpretasi foto
4. Ortografi
Ini
adalah cawangan yang melibatkan proses menghapuskan herotan yang terdapat
diatas foto udara yang disebabkan oleh sendeng pesawat dan relif mukabumi untuk
menghasilkan ortofoto. Ortofoto
mempunyai skala yang sekata dan pengukuran keatasnya boleh dibuat seperti peta
biasa.
Contoh gambar ortofoto
5. Remote Sensing
Ini
adalah cawangan dimana pengambilan maklumat sesuatu objek atau fenomena dibuat
tanpa menyentuh objek tersebut. Dalam
kegunaan moden, istilah tersebut biasanya merujuk pada kegunaan teknologi penderia
udara bagi mengesan dan mengkelassifikasikan objek di bumi ( samada di
permukaan bumi ataupun di angkasa dan lautan) dengan menggunakan isyarat merambat
(propagated signal). Contohnya radiasi elektromagnetik yang dikeluarkan oleh
pesawat atau satelit.
6. Digital Terrain Model (DTM)
DTM
adalah model digital atau persembahan mukabumi dalam bentuk 3D – biasanya untuk
planet (termasuk bumi), bulan atau asteroid – dibuat untuk data kecerunan
mukabumi. Istilah
lain yang digunakan ialah digital elevation model (DEM) dan digital surface
model (DSM). Dalam
kebanyakan kes, DSM mewakili permukaan bumi dan semua objek diatasnya dan DTM
mewakili permukaan bumi kosong tanpa sebarang objek seperti tumbuhan dan
bangunan.
Digital Terrain Model kawasan Bumi
Haaaaaaaaa!!! Setakat ni la pengenalan fotogrammetri yang kami boleh jelaskan. Harap anda semua boleh faham la eh.. Sebab apaa?? Sebab kami nak pergi ke topik seterusnya nanti.. Kalau betul-betul minat boleh la follow blog kami setiap masa. hehehe ^^
Sekian untuk post kali ini.
JANGAN STRESS OKAY!
No comments :
Post a Comment