Tuesday 28 October 2014

ASSALAMMUALAIKUM




Assalammualaikum semua ! 

Bismillahirahmanirahim sebagai pembuka entry pertama ni. Pertama sekali blog ini diwujudkan untuk perkongsian ilmu. Haaaa boleh la kita bertukar-tukar pengetahuan. Tak gitu kan.. Selain tu, blog ni juga sebagai salah satu dari tugasan kami untuk dapat markah lebih eh. Ehh? Boleh ke macam tu? HAHA. Pernah ke dengar Fotogrametri ni? Nama pun foto, sah-sah lah related dengan gambar. Jom baca sikit. Jangan malas-malas baca, kata nak ilmu kan? 

Bagi students dalam course Geomatik mesti biasa dengan subjek ni. Geomatik tak pernah dengar? Ukur tanah pernah dengar tak? Nahhh.. Sama lah tu.. Subjek ni banyak bermain dengan gambar dan kamera. Tapi yang specialnya bukan ambil gambar orang kawen ke, gambar selfie ke, gambar haiwan kesayangan ke ape ke. Bukan ye adik-adik, anak-anak. Gambar yang dimaksudkan ialah gambar yang diambil dari udara. Foto udara gitu. Contoh gambar? Boleh..


contoh gambar udara yang di ambil dari http://www.slideshare.net/odemigo/fotogrametri 
( Boleh try google kalau nak lagi clear ye)

Inilah contoh gambar yang diambil dari udara, haaa jangan ingat gambar ni kita suruh kawan ambil je. Kalau nak tahu, dulu-dulu kerja fotgrametri ni agak sukar sikit sebab alatan yang konvensional. Sekarang lebih maju sebab senang nak process data dengan guna pelbagai software yang dibekalkan. Mudah la terutamanya bagi pekerja yang bekerja didalam sektor fotogrammetri ni lebih senang dan hasilnya lebih jitu. Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) mempunyai satu unit Fotogrametri, bagi yang berminat mengenai fotogrametri ni rajin-rajinlah mengGOOGLE. 


Sekarang kan semua maklumat di hujung jari, masa ni lah kita nak guna segala teknologi yang ada. Oh ye lagi satu, dulu-dulu fotogrametri ni digunakan untuk ketenteraan. Kiranya macam nak hendap musuh lain. Makin lama, seiring dengan kemajuan teknologi bidang fotogrametri ni semakin meluas dan digunakan dalam bidang topografi, navigasi, kerja-kerja kejuruteraan dan banyak lagi lah kalau nak disenaraikan. 



Untuk lebih clear, ada di sertakan sekali video What is Photogrammetry. Senang untuk difahami bagi pembaca yang tak pernah dengar mengenai subjek ni. Sampai sini dulu ye kita bercerita mengenai fotogrametri ni. Terima kasih :)


SELAMAT MEMBACA!


No comments :

Post a Comment