Thursday, 27 November 2014

STEREOPLOTTER

Hello readers ! 
Entry kali ni kita cerita lagi tentang alat yang digunakan dalam kerja-kerja fotogrametri ni. Tapi kali ni alat yang digunakan dalam office atau dalam kata yang lebih mudah alat ini membantu dalam kerja menganalisis data gambar yang diperoleh dari cerapan. 

Stereoplotter merupakan alat yang menjadikan gambar stereo dapat dilihat dalam bentuk 3-Dimensi untuk menentukan ketinggian dan memudahkan kerja-kerja untuk memplot garisan kontour.

Kelsh Plotter


p/s : Gambar Stereo adalah 2 jenis gambar yang sama dan apabila menggunakkan stereoplotter gambar tersebut akan dilihat dari side sebelah kiri dan side sebelah kanan. Manjadikan gambar tersebut dilihat dalam bentuk 3-Dimensi.

Contoh Gambar Stereo sumber En. Google

Bercerita lebih dalam lagi pasal stereoplotter ni, gambar yang akan di plot akan dipancarkan dengan sedikit cahaya dan kita dikehendaki memakai set kanta khas yang akan menjadikan gambar dapat dilihat dalam 3-Dimensi. Set kanta ini akan memudahkan kita untuk memplot garisan kontour dan ciri-ciri untuk menghasilkan peta. Alat stereoplotter ini akan memancarkan warna biru pada satu gambar dan merah pada gambar yang kedua. Dan kita akan menggunakan set kanta yang menyamai dengan warna yang dipancarkan pada gambar. Mata kiri melihat gambar warna biru dan mata kanan melihat warna merah.

Contoh imej yang dipancarkan dengan warna biru dan merah menjadikan ianya 3-D


Nak cerita jalan kerja stereoplotter ni tak berapa terer, so itulah serba sedikit background dan fungsi alat ni dalam kerja fotogrammetri. Hehehe. 

Nak tambah cerita, seperti alat berteknologi yang lain, stereoplotter juga mengalami revolusi yang menjadikannya lebih mudah dan jimat ruang. Daripada stereoplotter lama seperti Kelsh Plotter ianya berevolusi kepada analog stereoplotter dimana ianya menggunakan kanta yang lebih canggih untuk melihat gambar seterusnya memberi data kontour yang lebih tepat. Dan kini, stereoplotter kini lebih mudah yang dipanggil analytical stereoplotter dimana ianya menggabungkan teknologi komputer untuk melakukan kerja-kerja matematik.

Analytical Stereoplotter


Akhir sekali, stereoplotter ini bukan sahaja memudahkan kerja-kerja fotogrammetri. Banyak sebenarnya stereoplotter ni memberi impak kepada kehidupan kita hari ini. Antaranya adalah konsep dari steroplotter ini digunakan dalam industri perfileman dimana kita dihiburkan dengan cerita-cerita 3-Dimensi yang menjadikan efek dalam sesuatu dapat dirasai.

Contoh filem 3D

Itulah kisahnya pasal stereoplotter ni, nak cerita banyak takut tak habis 1 purnama nanti. So kita stop kat sini lah okay. Banyak lagi entry dan input lain akan kami cerita kat korang. So stay tuned okay.

TERUSKAN MELAYAN BLOG KAMI



PHOTOMODELER : Menghasilkan Gambar 3 dimensi



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bersua kita kembali dalam entry dan perkongsian yg seterusnya. hehe.. amacam..??

Walaupun tengah menghadapi minggu2 terakhir di hujung sem, namun ku kuatkan jua langkah dan hati berkorban jiwa dan raga ini untuk berkongsi pada semua. (ayat jiwang berkarat skit.. ceewaaaahh..! ^____^ )

dengan asaiment dan test yg banyak.. hehe.. takpe2.. kalau anda juga merasakan perkara yg sama bolehlah cuba cara seperti diatas.. jom main baling2..!

Ok2.. pada entry kali ini, saya nak berkongsi kepada anda semua tentang satu ilmu yg mungkin anda sendiri tak pernah tahu kan..? percaya tak sebenarnya anda boleh menukarkan gambar anda tak kira lah gambar selpie ke, gambar kucing anda ke atau gambar raya anda kedalam 3D. percaya tak..??

Kalau anda berminat hehe.. teruskan membaca dan membaca sampai habis yaa.. kalau tak berminat takpe(tapi mesti baca jugak..!) hehe...

Okay, begini kisahnya.. sebenarnya setiap gambar atau foto yang kita ambil boleh ditukarkan kepada 3D tetapi perlulah melalui beberapa prosesnya terlebih dahulu. Pada kali ini saya ingin menceritakan serba sedikit tentang teknik2 dan pengaplikasiannya khususnya menjurus kepada software PHOTOMODELER.
macam ni haa rupanya software tu..



 Ok.. Photomodeler ini merupakan sebuah software yang direka khas bagi menjalankan kerja pemprosesan data dan menganalis imej dan kegunaannya kini semakin meluas termasuklah dalam bidang fotogrametri ini sendiri.. software ini boleh menjalankan pelbagai pemprosesan termasuklah mengkalibrasi kamera (alaaaa.. yang mcam dalam entry sebelum ni tu.. yang kamera metrik dan non-metrik tu.. hehe..)

Berbalik pada topik, macam mana nak buat gambar tu jadi 3D.. prosesnya secara umum adalah seperti berikut :


  1. letak beberapa sudu gula, secukup rasa.. kemudian tambah neskepi.. hehe.. sorry.. mula2 kenalpasti objek yang ingin dijadikan imej 3D tersebut contohnya kucing anda (tapi pastikan kucing tu stay dan tak kemana-mana yaa.. haha.. sebabnya model anda itu tak boleh bergerak2 masa nak ambik gambar.. dah tahu tak boleh nak diamkan kucing tu amik benda lain yaa contohnya kotak tisu)
  2. kemudian ambil gambar menggunakan kamera daripada setiap sudut supaya kesemua bucu2 kotak tisu tersebut nampak dengan jelas didalam imej.
  3. kemudian transfer data imej kedalam laptop dan masukkan ke dalam software Photomodeler tersebut.
  4. bila dah selesai langkah2 diatas anda perlu menjalankan sedikit pemprosesan terhadap imej tersebut.
  5. bila dah hbis proses2 tersebut maka gambar anda tersebut akan menjadi gambar 3D.


 mesti boring kan baca.. dah laa boring komfem ada yang tak faham, jangan sampai tertidur sudah.. hehe.

hehe...
takpe2, saya memahami anda.. kalau setakat baca jee tak jadi jugak.. nak dipendekkan cerita dan memudahkan lagi anda nak memahami cara-cara dan langkah tersebut jom tengok video kat bawah.. ^__^




okay.. hehe.. Alhamdulillah, mesti lepas tengok video tu anda rasa dah faham skit kan tentang photomodeler ni.. takpe2, lepasni anda boleh cuba.. sebenarnya aplikasi software photomodeler ini banyak sangat membantu dalam penjelmaan semula objek kedalam bentuk digital dimana kita boleh melakukan pelbagai proses analisis keatas objek tersebut tanpa menyentuhnya.. gempak kan..?

kat bawah ni adalah contoh screenshot apabila kita memodelkan semula imej kedalam bentuk 3D dengan software photomodeler ini.

 

 yang ni model gambar rumah



yang ni pulak kegunaannya dalam penyiasatan kemalangan. dia nak 'regenerate' balik kesan dan sebelum perlanggaran. untuk forensik pun ada juga kegunaanya dalam crime scene investigation.

 Alhamdulillah, setakat ini dahulu perkongsian daripada admin.. nanti kita post lagi entry2 yang admin harap dapat membantu dan mencerahkan anda semua tentang fotogrametri ini. hehe.. kita jumpa lagi dalam next topic. Assalamualaikum...!! Bye..!!!
 







Monday, 24 November 2014

Fotogrammetri Terestial


Assalamualaikum dan selamat pagi, Pagi2 ni tetibe je keluar idea untuk masukkan entry berkaitan dengan fotgrammetri. Hmm agak2 nye ape ye entry untuk kali ni? hehehe. Sebelum menaip untuk entry kali ni, kene sediakan sepiring dua tiga keping biskut jacob kat sebelah supaya mulut ni sentiasa boleh mengunyah..hahaha..breakfast katakan dan jangan sekali skip breakfast k?? makan sambil mendengar lagu akustik by Hujan.Memg layan pagi2 ni..


https://www.youtube.com/watch?v=MiVlfmjbr9g

Opps..sori merapu..bila la admin nak masuk cite pasal entry ni..



Bismilahirahmanirahim..ok! Entry kali ni adalah mengenai Fotogrammetri terestial., Mesti pembaca tertanya2 ape itu terestial kn? Fotogrammetri tu dah tahu..tapi terestial?? 
ok terestial bermaksud di atas pemukaan bumi. Jadi ape kaitannye ngn bidang fotogrammetri ni? Apabila fotogrammetri dan terestial bergabung nak disenangkan cerita ia adalah pengambilan foto di atas permukaan bumi.Hah..sebelum ni admin berseloka mengenai pengambilan foto di udara kan?
Ia juga boleh di ambil di darat jugak.

Kenapa ia perlu digunakan?
hah..foto yang diambil di udara di ambil pada skala yang besar dan meliputi kawasan yang luas..jadi untuk mendapatkan ketepatan yang tinggi, foto di darat juga perlu diambil supaya maklumat lebih terperinci dan berguna.. :)


 fuyohhh...!!

Dasyatkan sistem pemetaan yang selama ni kita tidak tahu..

ok! Persoalan seterusnya, alat apa yang kita gunakan untuk kerja fotogrametri terestial ni?
ia ada dalam entry yang admin post sebelum ni iaitu :
a) kamera metrik
b) kamera non-metrik

kamera metrik


kamera non-metrik


Kamera boleh diambil dengan menggunakan tangan dan diletakkan diatas tripod. Oleh yang demikian (penanda wancana waktu buat karangan sekolah dulu..hehe) ,kegunaan kedua2 kamera ini akan menghasilkan foto yang cam ni ye ;)



Bagaimana ia diambil??
- seluruh fotograf objek diambil dengan kedudukan kamera mengelilingi
  objek. 

- biasanya paksi kamera adalah konvergen dan dihalakan ke pusat objek manakala bagi        konfigurasi normal paksi kamera adalah selari ke objek. 

- koordinat titik-titik di atas permukaan objek memerlukan ketepatan yang sama pada  keseluruhan objek untuk menghasilkan koordinat dalam sistem tiga dimensi bagi titik-titik di  atas objek.




Ok..sekian untuk entry kali ni..biskut pun sudah abis..dah berapa round admin makan tadi..hehe
Terima kasih terhadap perhatian pembaca..kita akan berjumpa lagi pada next entry..ok?
 Bye2..
Assalamualaikum...

Sunday, 23 November 2014

TITIK KAWALAN UNTUK PEMETAAN FOTOGRAMETRI


Hai kawan-kawan. Apa khabar semua?? Nak buat entry baru daa..entry lepas kita bincang tentang UAV. Sekarang kita nak buat entry tentang titik kawalan untuk pemetaan fotogrametri.. Kawan-kawan dah bersedia ke tidak?

TITIK KAWALAN UNTUK PEMETAAN FOTOGRAMETRI

Kawalan fotogrametri diperlukan untuk mengorientasikan foto-foto udara dengan bumi. Kawalan fotogrametri ini mengandungi titik-titik yang kedudukannya diketahui dalam sistem kodinet rujukan objek di bumi dan ini dapat dilihat di foto-foto itu sendiri. Kawalan fotogrametri boleh dibahagikan kepada dua bentuk;

i)                   kawalan ufuk (planimetri);
ii)                 kawalan tegak (hipsometri).

Kerja ukur untuk kawalan fotogrametri dilakukan dalam dua peringkat. 
Peringkat pertama
-> menubuhkan rangkaian kawalan asas di kawasan projek. Kawalan asas ini diwujudkan dengan menandakan kawalan ufuk dan kawalan tegak, kedua-duanya itu akan menjadi rujukan kepada ukuran-ukuran kawalan foto. 
Peringkat kedua 
-> menetapkan kedudukan bumi kawalan-kawalan foto ini dengan membuat pengukuran di bumi dan ini dimulakan daripada rangkaian kawalan asas ini. Titik-titik kawalan foto merupakan titik-titik imej yang sebenarnya terimej dalam foto yang digunakan untuk mengawal gerakerja fotogrametri.

Bilangan dan penempatan kawalan foto

Bilangan titik kawalan yang diperlukan dan penempatan optima kawalan foto banyak bergantung kepada kegunaan yang akan dilakukan terhadap kedua-duanya itu. Paling minima untuk memelot sirip sekurang-kurangnya dua titik planimetri dan tiga titik tegak diperlukan. Sungguh pun bilangan minima titik-titik kawalan foto itu sedemikian, ada baiknya jika bilangan titik kawalan itu dilebihkan supaya ketepatan operasi fotogrametri itu bertambah.

Pada amnya, tiap-tiap model-stereo yang disesuaikan dalam alat plot-stereo mesti mempunyai tiga titik kawalan ufuk dan empat titik kawalan tegak, satu di tiap-tiap penjuru sirip
Jika merancang untuk menyambung kawalan fotogrametri dengan tujuan untuk menambahkan kawalan foto, tidak perlu diadakan begitu banyak titik kawalan bumi. Penyambungan kawalan fotogrametri adalah juga proses fotogrametri untuk menambahkan kawalan foto dari titik kawalan yang kecil bilangannya untuk mengukur bumi.  Cara ini adalah yang paling ekonomikal sekali dalam menyelesaikan masaalah kawalan fotogrametri.

Pada amnya, bilangan kawalan bumi yang perlu diadakan untuk mengukur bumi dalam kes operasi penigasegian udara, sekurang-kurangnya dua titik kawalan ufuk dan empat titik kawalan tegak bagi tiap-tiap lima model-stereo dalam sesuatu jalur itu (lihat rajah 4.2).
Dalam kawasan pemetaan yang melibatkan blok-blok foto, kawalan bumi ini hendaklah disusun secara sistematik diseluruh blok. Penempatan kawalan yang baik mengandungi kawalan ufuk mengelilingi perimeter blok tersebut dengan taburan yang seragam bagi kawalan tegak di serata blok. Ackermann mencadangkan bagi blok yang besar, pecahan blok ini adalah pada tiap antara 15-20 sirip dan 6-7 jalur untuk mewujudkan suatu pecahan blok. (Rajah 4.3). Dengan tumpuan kawalan yang rapi diperolehi persamaan cerapan yang berlebihan dalam segitiga blok saperti ini. Ini akan menghasilkan ralat-ralat piawai yang paling kecil dalam pelarasan segitiga ini.

Oleh kerana perambatan ralat berlainan corak dan bentuknya antara kawalan planimetri dan kawalan ketinggian, akan dihuraikan kedua-dua kawalan itu dengan cara berasingan.

Kawalan planimetri

Taburan kawalan planimetri saperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.3 merupakan bentuk optima. Dengan menambahkan lagi  kawalan saperti ini tidak akan menambahkan ketepatan kerja penigasegian dan pelarasannya. Bagi kerja yang berskala besar, titik-titik kawalan planimetri di tiap-tiap 5-6 model adalah mencukupi.. Bagi kerja-kerja berskala kecil yang bernisbahkan 1:50,000, kawalan bumi di tiap-tiap 15-20 model biasanya digunakan.

Kawalan ketinggian

Perambatan ralat dalam kawalan ketinggian adalah lebih rumit lagi, maka tumpuan kawalan tinggi adalah berlebihan daripada yang diperlukan terhadap kawalan planimetri supaya pembentukan blok dapat dilakukan dengan lebih teliti dan sempurna. Taburannya adalah saperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.4. Bagi pelarasan polinomial order pertama, kawalan ketinggian diperlukan pada tiap-tiap jalur penerbangan, dengan selangan sirip tiap-tiap jalur dalam blok. Dengan bentuk taburan saperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.4 ini,  magnitud ralat-ralat sistematik akan menjadi kurang. Taburan titik-titk kawalan planimetri dan ketinggian digambarkan dalam rajah 4.5.
 
Kaedah penandaan titik kawalan bumi.
Kebanyakan titik kawalan foto dipilih setelah disiapkan fotografi itu sendiri dan selepas dipilih perin-perin kontaknya. Kelebihan membuat pemilihan titik kawalan saperti ini adalah untuk mengenalpasti positif titik-titik itu difoto disamping menentukan kedudukan yang sesuai titik-titik itu sendiri. Paramuka-paramuka semulajadi itu dapat dikenalpasti dengan mudah dan ini tidak akan menimbulkan kekaburan pada foto dan senang pula dikesan diatasnya. Titik-titik semulajadi ini mudah dipilh sebagai titik kawalan. Titik-titik kawalan semulajadi ini biasanya terdiri daripada beberapa paramuka saperti yang digambarkan dalam rajah 4.6.

 Dalam kebanyakan kes, didapati perlu untuk menandakan titik-titik kawalan ini di bumi supaya dapat dikenalpasti pada foto dengan mudah. Dalam kes kawalan terabas yang termasuk kedalam rangkaian kawalan foto, stesen-stesen terabas ini ditandakan dengan bendera berwarna cerah dan dicatkan putih pada papan. Penandaan saperti ini memberi kemudahan untuk mudah dikenal pada foto. Jika permukaan bumi tidak mempunyai apa-apa paramuka, maka adalah perlu menandakan sasaran dibumi sebelum diambil fotograf. Contoh sasaran yang asas sekali adalah saperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.7. Saiz sasaran ini bergantung kepada resolusi imej yang ada di foto dan yang ada pada skala.






Sebagai contoh, resolusi filem adalah 0.05mm dan skala foto 1:15,000, maka saiz sasaran yang mudah dikenalpasti pada foto adalah:

                                                     =       0.05  x  15,000  x  10q3 m
                                                     =       0.75 m
Bulatkan angka ini menjadi 1 m.


Kejituan dalam kawalan bumi

Kejituan kawalan bumi yang diperlukan bergantung kepada kejituan pemetaan dalam proses menggunakan alat stereo berasaskan skala pemetaan yang tertentu.

Kejituan kawalan planimetri

Untuk tujuan pemetaan, garis yang sekecil-kecil sekali yang diplot adalah 0.1 mm. Berasaskan skala pemetaan, katakanlah 1:10,000, ukuran dibumi menjadi:

                                        0.1 mm   x   10,000    x   10-3 m
                                        =    1 m
Oleh itu, kejituan ukuran bumi yang diperolehi adalah + 1 m.  Jadual dibawah menunjukkan kejituan ukuran untuk kawalan bumi bagi pemetaan fotogrametri berasaskan skala-skala pemetaan yang tertentu;

                        Skala pemetaan                Kejituan ukuran bumi (m)
                            1: 50,000                                        5
                            1: 40,000                                        4
                            1: 25,000                                        2.5
                            1: 20,000                                        2
                            1: 15,000                                        1.5
                            1: 10,000                                        1
                            1:   5,000                                        0.5

Kejituan kawalan ketinggian

Dalam ukuran fotogrametri, peruntukan yang diberi dari segi kejituan ketinggian yang dibenarkan adalah 0.01% Z, dengan Z merupakan tinggi penerbangan. Dari hubungan;

                                          Skala foto   =   f
                                                                    Z

                          Iaitu                1           =  152
                                              15,000           Z

                                              \ Z  =  2,280 m
Maka kejituan kawalan ketinggian adalah

                                                        =  0.01%  x  2,280

                                                        =  0.228 m


Saturday, 22 November 2014

UAV Dalam Bidang Fotogrametri dan Kelebihannya


Assalamualaikum dan apa khabar semua?? Harap semua sihat-sihat belaka.Nak dijadikan cerita semalam,tengah sibuk-sibuk cari idea tentang blog GeoFotomatics ,terbuka pula  hardisk laptop ternampak movie PLANES.BOOOM!!! dpt idea nak cerita mengenai UAV.
ANIMASI DISNEY PLANES
 Ok cukup-cukup sudah iklan,Kalau diikutkan entry lepas-lepas kita sudah tahu APA ITU FOTOGRAMETRI, PENGENALAN FOTOGRAMETRI dan JENIS FOTOGRAMETRI-AERIAL,entry seterusnya ini kita cerita tentang UAV.


Apa itu  UAV ??

Fotogrametri UAV  menggambarkan satu platform pengukuran fotogrametri, yang beroperasi dikawal dari jarak jauh, sama ada secara semi- autonomi, atau autonomi, tanpa juruterbang duduk di dalam kenderaan itu. Platform ini dilengkapi dengan sistem pengukuran fotogrametri, tetapi tidak terhad kepada saiz yang kecil atau sederhana kamera video, kamera sistem thermal atau inframerah, sistem LiDAR bawaan udara, atau gabungan daripadanya.  Kebiasaannya UAV membenarkan pengesanan kedudukan dan orientasi sensor dilaksanakan dalam sistem  local atau global coordinate sistem. Oleh itu, UAV fotogrametri boleh difahami sebagai alat pengukuran fotogrametri baru. Fotogrametri UAV membuka pelbagai aplikasi baru dalam pelbagai domain dekat, menggabungkan fotogrametri udara dan daratan.Ia juga memperkenalkan aplikasi masa sebenar dan alternatif kos rendah untuk photogrammtri udara.Lihat Jadual dibawah menerangkan perbezaan Aerial foto,close range dan UAV.

Perbezaan Aerial,close range dan UAV dalam photogrametri



 Video di bawah sedikit sebanyak menunjukkan penggunaan UAV dalam kerja-kerja pengambilan gambar di lapangan.




Kelebihan UAV

Kelebihan utama UAV berbanding sistem pesawat yang dipandu manusia bertujuan untuk fotogrametri.Antaranya:

1.      Boleh digunakan dalam keadaan berisiko tinggi
ª      Contohnya tapak bencana alam seperti pergunungan dan kawasan gunung berapi, dataran banjir, gempa bumi dan kawasan padang pasir dan kawasan kemalangan.
2.      Boleh dijalankan dalam keadaan cuaca mendung dan renyai, perolehan data dengan UAV.  
3.      Tidak dibebankan dengan had fisiologi dan perbelanjaan ekonomi juruterbang manusia.
4.      Selain itu, kelebihan tambahan adalah keupayaan tepat masa dan keupayaan bagi perolehan data yang cepat, sementara menghantar imej, video dan orientasi data dalam masa nyata untuk stesen kawalan tanah.

5.      Kos, UAV itu adalah lebih murah dan mempunyai kos operasi yang lebih rendah daripada pesawat yang dipandu atau dikawal dari jauh oleh manusia.
6.      UAV-imej boleh juga digunakan untuk pemetaan tekstur resolusi tinggi 3D-model, dan juga untuk pembetulan imej


Jadi dapat tak gambarkan apa itu UAV dan kegunaannya serta kelebihannya.Jadi macamana berminatkan dengan kaedah teknologi terbaru ini?? Sebentar hasilnya lebih menarik dalam bentuk 3D.Seperti dalam gambar di bawah ini.  


Baiklah cukup sekadar disini sebarang pertanyaan boleh diajukan di ruang komen dan jangan lupa untuk tekan butang follow di atas.Sekian dulu dari saya..sambung movie Planes.BYE,sekian

Metric Camera VS Non Metric Camera



Assalamualaikum!!

So sebelum ni kita dah nampak sikit kan apa yang dikatakan fotogrammetri nieh.. jenis- jenis fotogrammetri pon dah cerita.. so apa lagi.. orang kata kalau tidak ada angin, masakan pokok akan bergoyang.. Ehh! tetiba.. haha 

sebenarnya nak cakap, dalam fotogrammetri ni mesti la kena ada medium untuk mengambil gambar.. kalau tak..mcm mana gambar tu nak muncul.. betol tak? hihiiii..Dah jangan buang masa.. jom kita belajar mengenai peranti yang digunakan untuk mengambil gambar dalam fotogrammetri ni..

dah ready?? 

oke.. ceritanya macam ni.. peranti untuk mengambil gambar ataupun dlm bahasa Inggerisnya 'Photographing Devices' ni ada dua jenis.. satu 'metric camera' dan satu lagi 'non Metric Camera' ataupun dikenali sebagai kamera amatur. 

honey bee  animation
                                                            

kali ini kami akan menerangkan serba sedikit tentang ciri-ciri kedua-dua peranti Metric dan Non Metric ni..

Apa Ciri-Ciri 'Metric Camera' ??


  eyes and glasses   animation  
  • ia mempunyai geometri dalaman yang STABIL dan diketahui dengan TEPAT.
  • HEROTAN KANTA yang sangat RENDAH ataupun bahasa omputihnya 'Low Lens Distortion - LLD'
  • sistem koordinat imej pula didefinisikan oleh 4 fiducial mark yang terletak pada bingkai kamera.
  • kamera metrik udara dipasang ke dalam pesawat aero kebanyakannya secara lurus ke bawah. 

Bagaimana pula dengan 'Non Metric Camera' atau Amatur ??
  • geometri dalamannya TAK STABIL dan TAK DIKETAHUI dengan tepat.. (oke.. contoh yang paling mudah ialah kamera biasa yang senang kita dapat secara komersial)
  • Kalibrasi kamera dapat dikira dengan mengambil gambar di satu ujian padang dengan titik kawalan yang banyak dan jarak yang ditetapkan berulang kali.
  • 'LOW Accuracy'. Maksudnya tidak perlu ketepatan yang tinggi. Sebabnya kamera non metric hanya digunakan untuk tujuan yang tertentu sahaja.
  • Ketepatannya tidak sama seperti Metric Camera.

sekian untuk entry kali ini.. terima kasih, jumpa lagi ;)

blue car  animation





Jenis Photogrammetry - Close Range Photogrametry (CRP)

Assalammualaikum dan salam sejahtera readers,

Harini kita belajar satu subtopik baru iaitu CRP. Ingat tak sebelum ni kita ada belajar mengenai jenis kamera? Ingat tak? Ingat tak? Ok. Baguss semua boleh ingat. CRP adalah salah satu jenis kamera. Istilah CRP lebih digunakan bagi budak-budak geomatik ni. Oh ye, maksud CRP tu apa? Asyik potpetpotpet pasal CRP, apa menatang CRP ni? CRP stand for Close Range Photogrammetry atau dikenali Fotogrametri Jarak Dekat. Dan biasanya, tripod (Kaki tiga) digunakan bagi CRP. Jarak yang dibenarkan ialah 300 meter. Diulangi ye 300 meter ye. CRP ni juga secara lazimnya boleh dipegang dengan tangan (handheld) , atau poun di pasang dengan menggunakan tripod atauuuuu boleh juga digantung pada menara. Amacam? Hebat kan? Mestilah hebatttt..





Kegunaan Fotogrametri Jarak Dekat (CRP)
Fotografi di bumi sangat berguna bagi pemetaan kawasan bergunung tau. Dimana ianya amat sukar untuk dipetakan jika kaedah pengukuran lapangan secara konvensional
Fotogrametri sinar X digunakan secara efektif dengan mengukur size dan bentuk bahagian-bahagian tubuh manusia, merekod pertumbuhan lumor, kajian pertumbuhan fetus, penempatan objek-objek baru pada tubuh
Foto yang mengandungi semua maklumat tentang kejadian kemalangan yang berlaku dapat dibuat dengan cepat. Pengukuran dibumi dan lakaran yang mengambil masa, aliran trafiknya boleh dilakukan dengan segera

 Automatif
Dapat merekodkan kelajuan sesuatu automobil dan kelajuan arus air, kadar dan cara tumbuhan membesar

  Ahli Geologi
Ahli Geologi dapat membuat penilaian kadar pergerakan bawah tanah.

Ehh? Tak faham ke? Jangan pening-pening. Sebenarnya fotogrametri ni mudah ajak gituu. Jom kita jelaskan apa yang tak jelas. Biasanya, fotogrametri ni bukan digunakan untu tujuan topografi (Gunakan khidmat encik Google https://www.google.com.my untuk tahu apa itu topografi) . Bukan juga bagi mengeluarkan output-output produk topografi seperti model bentuk muka bumi atau peta topografi, TETAPI menghasilkan lukisan-lukisan model 3D. Kamera yang digunakan untuk menghasilkan model dan mengukur bangunan, struktur kejuruteraan, forensik, kejadian kemalangan dan lain-lain yang seperti dijelaskan kat atas tadi. Haaa terkejut tak? Tak sangka kan fotogrametri boleh lakukan macam-macam kan? 


.

Harap-harap readers faham lah ye apa yang sedang diterangkan mengenai CRP atau Fotogrametri Jarak Dekat ni ye. Sehingga bertemu lagi. TATA

Friday, 7 November 2014

Jenis Fotogrametri - Aerial Photogrammetry

Assalammualaikum dan salam sejahtera readers..

Jom teruskan pembelajaran Fotogrametri kita dengan Jenis-Jenis Fotogrametri. Dah sedia tak nak teruskan baca ni? Sedia ye. 1 ..2.. 3

Ok, sebenarnya fotogrametri ni boleh diklasifikasikan dalam beberapa cara TAPI satu kaedah piawai ialah untuk memisahkan bidang berpangkalan dalam kamera tu time fotografi. Bawah ni mudahkan lagi untuk pembahagian jenis fotogrametri, nanti susah pulak readers nak paham kann...



Sekarang ni, kita akan tengok dulu apa explaination mengenai Foto Udara dulu, atau dikenali sebagai Aerial Photogrammetry. Bebudak Geomatik mesti biasa dengar aerial ni. Ok, jangan buang masa.
Aerial Foto ialah konsep asasnya adalah gambar udara iaitu gambar yang diambil dari pesawat dan kebiasaannya gambar yang diambil adalah secara menegak dari tanah. Gambar yang diambil adalah beberapa keping gambar, maknanya gambar tersebut banyak lah. Dan gambar tersebut perlulah overlay atau pun bertindih sepanjang laluan penerbangan (Flying strip

Contoh gambaran foto udara. Pesawat dilengkapi dengan kamera tertentu untuk captured gambar



Laluan penerbangan. Setiap pesawat telah disediakan laluan tersendiri.

Gambar yang overlay (Bertindih) supaya senang proses penghasilan peta

Gambar-gambar ini akan diproses dalam satu pemplot stereo (satu alat yang membolehkan seorang operator melihat kedua-dua gambar serentak di pandangan stereo) . Dan gambar-gambar ini juga digunakan dalam diautomasikan pemprosesan Digital Elevation Model.


  

Sedikit sebanyak video ini boleh membantu para pembaca memahami apa itu aerial photo dan cara aerial photo di gunakan. 

Sekian sahaja untuk entry yang ini, entry seterusnya kita akan membincangkan pula mengenai jenis foTogrammetri yang kedua iaitu Close Range Photogrammetry (CRP). Oh ye, tak kan seronok baca je, Jangan lupa klik button FOLLOW di hujung atas sebelah kanan ye. Sehingga berjumpa lagi.

Sebarang pertanyaan atau pandangan atau apa-apa ilmu yang ingin dikongsi bersama, boleh email terus kepada shafinaz.geomatics@yahoo.com .

Assalammualaikum .